Pekerjaan merupakan elemen penting dalam kehidupan
bagi mendapatkan sumber pendapatan yang baik dan halal. Ini bermaksud,
pendapatan hanya akan diperolehi sekiranya seseorang itu bekerja. Allah S.W.T
akan memberikan rezeki setimpal dengan usaha-usaha seseorang itu walaupun Allah
telah menetapkan rezeki kepadanya. Dalam kandungan Al-Quran, Allah telah
berfirman melalui ayat-ayat-Nya yang menunjukkan tentang kewajipan bekerja.
Firman Allah dalam Surah An-Naba’ ayat 11 iaitu:
$uZù=yèy_ur u$pk¨]9$# $V©$yètB ÇÊÊÈ
Dan
Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari
rezeki.
Firman
Allah S.W.T dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 10:
#sÎ*sù ÏMuÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãϱtFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.ø$#ur ©!$# #ZÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ
Kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan)
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Berdasarkan
ayat-ayat diatas, jelaslah bahawa bekerja merupakan satu kewajipan dan tuntutan
daripada Allah S.W.T. Selain bertujuan untuk mendapatkan rezeki atau sumber
pendapatan, bekerja juga melatih seseorang untuk mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan. Ini kerana, ketika menjalankan sesuatu urusan pekerjaan,
seseorang itu perlulah jujur, adil, amanah supaya rezeki yang diperolehi tersebut
menjadi rezeki yang diberkati oleh Allah S.W.T.
Nabi
Muhammad S.A.W tidak dididik oleh Allah S.A.W dengan harta yang banyak dan
bersenang-lenang malah keperitan hidup yang dilalui oleh baginda nabi Muhammad
S.A.W tidak akan tertanggung oleh orang lain. Sebagaimana manusia biasa yang
lain, nabi Muhammad S.A.W juga bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi
membantu keluarganya. Nabi Muhammad S.A.W sudah mula bekerja ketika baginda
masih kanak-kanak. Kesungguhan dan kejujuran nabi Muhammad S.A.W membuatkan
orang lain sanggup mengambil baginda bekerja walaupun masih kanak- kanak.
Beberapa jenis pekerjaan yang telah dilakukan baginda sepanjang hayat baginda.
Secara kasarnya, terdapat dua fasa pekerjaan yang dilakukan baginda iaitu
ketika baginda masih kecil dan dewasa.
Pekerjaan
Ketika Baginda Kecil
Mengembala
Kambing
Mengembala
kambing merupakan antara pekerjaan yang telah baginda lakukan ketika baginda
masih lagi kanak-kanak. Mengembala kambing merupakan pekerjaan pertama yang
baginda lakukan. Nabi sendiri pernah menyatakan dalam hadis baginda mengenai
pekerjaaan baginda sebagai pengembala kambing. Namun begitu, nabi Muhammad juga
menyatakan bahawa semua nabi yang diutuskan pernah bekerja sebagai pengembala
kambing. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا
قَدْرَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله؟ قَا لَ: وَأنَا
Semua
nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Aku juga begitu
Ø Ketika
dalam pemeliharaan Bani Sa’ad
Baginda
mula mengembala kambing pada ketika baginda masih dalam pemeliharaan ibu susuan
baginda iaitu Halimah binti Abu Dhu’aib yang lebih dikenali dengan nama Halimah
As-Sa’adiah dari kabilah Bani Sa’ad. Nabi Muhammad S.A.W yang baru berusia
empat tahun ketika itu telah dipercayai oleh Halimah As-Sa’diah untuk membantu
beliau mengembala kambing-kambing peliharaannya. Kambing-kambing yang digembala
oleh baginda nabi Muhammad S.A.W sangat sihat walaupun pada ketika itu
perkampungan Bani Sa’ad dilanda kemarau yang sangat panas dan begitu lama
berbanding di tempat lain.
Ø Tinggal
Bersama Ibu Kandung Baginda
Kemudian,
setelah peristiwa pembelahan dada nabi Muhammad S.A.W oleh malaikat Jibril a.s,
nabi Muhammad S.A.W diserahkan semula kepada ibu kandung baginda iaitu Siti
Aminah. Semasa bersama dengan ibunya, nabi Muhammad S.A.W meneruskan
pekerjaannya sebagai pengembala kambing. Baginda mengambil upah mengembala
kambing-kambing penduduk Mekah. Nabi S.A.W pernah menceritakan perihal ini kepada
para sahabat dalam hadisnya. Sabda nabi Muhammad S.A.W:
“Dahulu
pernah aku menternak kambing penduduk Mekah dengan upahnya beberapa Karat
sahaja" (Riwayat Bukhari)
Ø Dalam
Pemeliharaan Bapa Saudara
Setelah
ibunya meninggal dunia, nabi Muhammad S.A.W dipelihara oleh datuknya selama dua
atau tiga tahun sahaja sebelum dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib.
Ketika baginda tinggal bersama dengan Abu Thalib, baginda masih lagi meneruskan
pekerjaan mengembala kambing. Baginda mengembala kambing-kambing kepunyaan bapa
saudaranya sendiri dan mengambil upah mengembala kambing-kambing lain. Baginda
bekerja mengembala kambing agak lama iaitu sehingga baginda berumur 21 tahun.
Oleh itu, nabi sangat mahir untuk menguruskan manusia kerana baginda sudah
dalam mengembala kambing-kambing yang bersifat degil dan liar.
Pekerjaan
Ketika Baginda Dewasa
Berniaga
Ø
Mengikut
Abu Talib ke Negeri Syam
Bapa
saudara baginda, Abu Talib merupakan seorang peniaga. Beliau sering keluar
untuk berdagang dan berniaga di negeri Syam (Syria). Negeri Syam pada ketika
itu merupakan pasar yang besar untuk berniaga. Maka, ramai pedagang-pedagang
dari luar datang ke Syam untuk berniaga. Oleh itu, Abu Talib sering mengajar
nabi Muhammad S.A.W tentang cara-cara berniaga. Ketika umur nabi Muhammad S.A.W
12 tahun, baginda meminta izin bapa saudaranya itu untuk mengikut bersama-sama
rombongan untuk pergi berdagang ke negeri Syam. Tanpa berfikir panjang, beliau
membenarkan nabi Muhammad S.A.W untuk ikut pergi ke sana bagi membantu beliau
berniaga.
Namun
begitu, ketika rombongan mereka tiba di Basra (sebahagian daripada negeri
Syam), mereka telah bertemu dengan seorang rahib atau paderi yang bernama
Jarjis atau lebih dikenali dengan gelaran “Buhaira”. Buhaira merupakan seorang
yang bijak dan pandai mengenai kitab Injil dan beragama Nasrani (Kristian).
Sebaik sahaja rombongan Abu Talib tiba, Buhaira keluar kepada mereka dan menyambut
mereka sebagai tetamu yang sangat mulia. Tindakan Buhaira ini sangat berbeza
daripada sebelumnya kerana Buhaira langsung tidak pernah keluar dan menyambut
rombongan mereka seperti yang dilakukannya pada hari tersebut.
Kemudian,
Buhaira memerhati nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Abu Talib. Dia
bertanya “Budak ini anak kamu kah?” Abu Talib yang terlalu sayangkan Rasulullah
mengaku bahawa baginda ialah anak beliau, beliau menjawab, “Ya, budak ini
anakku”. Kemudian, paderi itu berkata, “Bapa budak ini tidak mungkin masih
hidup”. Kemudian, Abu Talib menjawab, “Sebenarnya budak ini ialah anak
saudaraku, bapanya telah meninggal ketika dia masih lagi dalam kandungan
ibunya”. Paderi itu berkata, “Memang benar apa yang kamu ceritakan kerana
segala-galanya tercatat dalam Injil”. Paderi itu juga memberitahu Abu Talib
bahawa nabi Muhammad S.A.W akan menjadi ketua seluruh alam dan utusan Allah
berdasarkan cap kenabian yang terdapat pada badan nabi.
Pelbagai
bukti kenabian yang telah diceritakan oleh Buhaira kepada Abu Talib. Antaranya
ialah sepanjang perjalanan rombongan tersebut ke sana, semua pokok telah sujud
kepada nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, setelah selesai berbincang dengan
Buhaira, Abu Talib dinasihatkan oleh Buhaira supaya membawa pulang nabi Muhammad
S.A.W ke Mekah. Ini kerana, Buhaira bimbang sekiranya nabi Muhammad S.A.W
dijumpai oleh kaum Yahudi jika Abu Talib tetap membawa nabi Muhammad S.A.W
bersama beliau untuk berniaga. Tanpa berfikir panjang, Abu Talib bersama
beberapa orang yang lain dalam rombongan tersebut pulang semula ke Mekah untuk
menghantar nabi Muhammad S.A.W.
Ø Berniaga
sendiri secara kecil-kecilan
Selepas
daripada peristiwa tersebut, nabi Muhammad S.A.W tidak lagi keluar dari Mekah.
Nabi Muhammad S.A.W semakin meningkat dewasa. Baginda mula menjalankan
perniagaan secara keci-kecilan. Baginda menggunakan modal orang lain terlebih
dahulu dan membayar semula apabila perniagaan baginda sangat untung dan
mendapat hasil yang sangat banyak. Perniagaan nabi Muhammad S.A.W sangat untung
dan baginda semakin hari semakin pandai berniaga. Keuntungan yang diperolehi
disebabkan kejujuran dan sifat bersungguh-sungguh baginda ketika berniaga.
Ø Berniaga
Dengan Harta Siti Khadijah
Siti
Khadijah merupakan seorang saudagar yang mahsyur dan sangat terkenal dengan
budi pekertinya serta kekayaan yang dimiliki. Beliau sering meminjamkan
hartanya kepada sesiapa yang menginginkan modal untuk berniaga. Kebaikan
peribadi beliau membuatkan beliau sangat dihormati oleh masyarakat Arab ketika
itu.
Sebaik
sahaja beliau mendengar khabar berita tentang akhlak dan kejujuran nabi
Muhammad S.A.W, beliau terus tertarik untuk berjumpa dengan nabi Muhammad
S.A.W. Beliau yakin bahawa kejujuran baginda akan membawa lebih banyak
keuntungan kepada perniagaan beliau. Beliau juga sanggup memberi lebih banyak
keuntungan yang diperolehi kepada baginda berbanding dengan orang lain yang
pernah diberikannya. Oleh itu, beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W
bagi menyatakan hasratnya kepada baginda. Beliau menceritakan tawaran beliau kepada
nabi Muhammad S.A.W untuk mengusahakan perniagaan yang dimilikinya. Tawaran
tersebut telah diterima baik oleh nabi Muhammad S.A.W. Baginda bersetuju untuk
pergi menjalankan perniagaan Siti Khadijah.
Ketika
ini, nabi Muhammad S.A.W berumur 25 tahun. Kali ini, baginda keluar buat kali
kedua ke negeri Syam untuk menjalankan perniagaan. Baginda pergi ke Syam dengan
ditemani oleh seorang hamba Siti Khadijah yang benama “Maisarah”. Perniagaan
baginda berjalan dengan baik. Kejujuran dan usaha keras yang dimiliki baginda
membuatkan perniagaan yang dilakukan mendapat keuntungan yang sangat banyak.
Keuntungan tersebut lebih banyak daripada perniagaan sebelumnya. Apabila
baginda pulang bertemu Siti Khadijah, baginda terus bertanyakan apa yang perlu
dilakukan. Siti Khadijah sangat kagum dengan akhlak dan sifat amanah nabi
Muhammad S.A.W. Tambahan pula, Maisarah menceritakan kepada beliau tentang
sifat-sifat nabi Muhammad S.A.W ketika berniaga di Syam. Setelah mendengar
cerita tersebut, Siti Khadijah sangat tertarik kepada baginda berdasarkan
akhlak yang baginda tunjukkan.