Pages


Sunday, October 27, 2013

Tutorial Memasukkan "Contact Form" Ke Dalam Blog di bahagian "Side bar"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya ingin menunjukkan tutorial untuk memasukkan Contact Form ke bahagian sidebar blog... Apa itu Contact Form??.. Contact Form ialah salah satu laman yang dicipta supaya pembaca blog boleh menghubungi admin blog atau orang yang mengendalikan blog tersebut.. Jom kita mula..Jangan dok malaih sangat baca..hehe

1- Perkara pertama sekali yang perlu dibuat sedah tentulah anda perlu "sign in" blog anda terlebih dahulu.. Anda perlu klik perkataan sign ini di bahagian kanan atas..




2. Bila tekan button sign in, terpaparlah ruang seperti dalam gambar... Isi e-mail dan paswed untuk blog anda untuk sign in blog anda..



3. Selepas anda sign in, dashboard blog anda akan terpapar...macam besa laa kan...nampak tak arrow dalam gambar??..klik button tu..




4. Selepas klik, terpapar senarai-senarai berikut...Sekarang, klik pada layout..



5. Layout bagi blog anda pun terpapar...Kemudian, klik "Add a gadget"




6. Senarai-senarai gadget pun terpapar..haa..bukan hat nih lagi..Klik 'More gadgets'



7. Selepas klik, terpampanglah di depan mata satu gadget yang diberi nama "Contact Form".. Sekarang, klik gadget tersebut..




8. Terdapat ruangan yang perlu diisi..Kotak yang pertama tu, anda boleh letakkan nama bagi "Contact Form" anda..tak kisahlah apa pun..asalkan orang faham sudah..




9. Gadget "Contact Form" kini telah tersenarai bersama-sama gadget-gadget anda yang lain..Masa nih, anda boleh 'reorder' atau susun kedudukan gadget "Contact Form" anda..Selepas siap, tekan "Save arrangement" di bahagian atas...




10. Ada tanda "View Blog" kan??..haa..klik kat situ..Untuk pa lagi kan,, untuk tengok hasil kita laa.. ^_^



 11. Tadaaa..!!!... Inilah hasilnya..!...Contact Form anda sudah berada di bahagian side bar blog anda.. Sekarang, sesiapa pun yang membaca blog anda boleh hubungi anda melalui e-mail..Senang kan??..Selamat mencuba...



Sebenarnya, ada jugak cara untuk kita letakkan "Contact Form" ini pada page yang berasingan...Maksudnya, 'Contact Form' bukan lagi berada di bahagian side bar blog..Tapi, pada page khas yang kita sediakan untuk ruang "Contact Form"..Tutorial tu nanti-nanti la kot..hehe..Anda boleh cuba yang nie dulu...:D










Sunday, April 14, 2013

Pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W


Pekerjaan merupakan elemen penting dalam kehidupan bagi mendapatkan sumber pendapatan yang baik dan halal. Ini bermaksud, pendapatan hanya akan diperolehi sekiranya seseorang itu bekerja. Allah S.W.T akan memberikan rezeki setimpal dengan usaha-usaha seseorang itu walaupun Allah telah menetapkan rezeki kepadanya. Dalam kandungan Al-Quran, Allah telah berfirman melalui ayat-ayat-Nya yang menunjukkan tentang kewajipan bekerja. Firman Allah dalam Surah An-Naba’ ayat 11 iaitu:
$uZù=yèy_ur u$pk¨]9$# $V©$yètB ÇÊÊÈ 
 Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 10:

#sŒÎ*sù ÏMuŠÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãÏ±tFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.øŒ$#ur ©!$# #ZŽÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ  

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Berdasarkan ayat-ayat diatas, jelaslah bahawa bekerja merupakan satu kewajipan dan tuntutan daripada Allah S.W.T. Selain bertujuan untuk mendapatkan rezeki atau sumber pendapatan, bekerja juga melatih seseorang untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Ini kerana, ketika menjalankan sesuatu urusan pekerjaan, seseorang itu perlulah jujur, adil, amanah supaya rezeki yang diperolehi tersebut menjadi rezeki yang diberkati oleh Allah S.W.T.

Nabi Muhammad S.A.W tidak dididik oleh Allah S.A.W dengan harta yang banyak dan bersenang-lenang malah keperitan hidup yang dilalui oleh baginda nabi Muhammad S.A.W tidak akan tertanggung oleh orang lain. Sebagaimana manusia biasa yang lain, nabi Muhammad S.A.W juga bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi membantu keluarganya. Nabi Muhammad S.A.W sudah mula bekerja ketika baginda masih kanak-kanak. Kesungguhan dan kejujuran nabi Muhammad S.A.W membuatkan orang lain sanggup mengambil baginda bekerja walaupun masih kanak- kanak. Beberapa jenis pekerjaan yang telah dilakukan baginda sepanjang hayat baginda. Secara kasarnya, terdapat dua fasa pekerjaan yang dilakukan baginda iaitu ketika baginda masih kecil dan dewasa.

Pekerjaan Ketika Baginda Kecil

Mengembala Kambing

Mengembala kambing merupakan antara pekerjaan yang telah baginda lakukan ketika baginda masih lagi kanak-kanak. Mengembala kambing merupakan pekerjaan pertama yang baginda lakukan. Nabi sendiri pernah menyatakan dalam hadis baginda mengenai pekerjaaan baginda sebagai pengembala kambing. Namun begitu, nabi Muhammad juga menyatakan bahawa semua nabi yang diutuskan pernah bekerja sebagai pengembala kambing. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

مَامِنْ نَبِيٍّ إِلا قَدْرَعَى الغَنَمَ قَالوُا: وَأنَتَ يَا رَسُولَ الله؟ قَا لَ: وَأنَا
Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu

Ø  Ketika dalam pemeliharaan Bani Sa’ad
Baginda mula mengembala kambing pada ketika baginda masih dalam pemeliharaan ibu susuan baginda iaitu Halimah binti Abu Dhu’aib yang lebih dikenali dengan nama Halimah As-Sa’adiah dari kabilah Bani Sa’ad. Nabi Muhammad S.A.W yang baru berusia empat tahun ketika itu telah dipercayai oleh Halimah As-Sa’diah untuk membantu beliau mengembala kambing-kambing peliharaannya. Kambing-kambing yang digembala oleh baginda nabi Muhammad S.A.W sangat sihat walaupun pada ketika itu perkampungan Bani Sa’ad dilanda kemarau yang sangat panas dan begitu lama berbanding di tempat lain.

Ø  Tinggal Bersama Ibu Kandung Baginda
Kemudian, setelah peristiwa pembelahan dada nabi Muhammad S.A.W oleh malaikat Jibril a.s, nabi Muhammad S.A.W diserahkan semula kepada ibu kandung baginda iaitu Siti Aminah. Semasa bersama dengan ibunya, nabi Muhammad S.A.W meneruskan pekerjaannya sebagai pengembala kambing. Baginda mengambil upah mengembala kambing-kambing penduduk Mekah. Nabi S.A.W pernah menceritakan perihal ini kepada para sahabat dalam hadisnya. Sabda nabi Muhammad S.A.W:

“Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Mekah dengan upahnya beberapa Karat sahaja"  (Riwayat Bukhari)

Ø  Dalam Pemeliharaan Bapa Saudara
Setelah ibunya meninggal dunia, nabi Muhammad S.A.W dipelihara oleh datuknya selama dua atau tiga tahun sahaja sebelum dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Ketika baginda tinggal bersama dengan Abu Thalib, baginda masih lagi meneruskan pekerjaan mengembala kambing. Baginda mengembala kambing-kambing kepunyaan bapa saudaranya sendiri dan mengambil upah mengembala kambing-kambing lain. Baginda bekerja mengembala kambing agak lama iaitu sehingga baginda berumur 21 tahun. Oleh itu, nabi sangat mahir untuk menguruskan manusia kerana baginda sudah dalam mengembala kambing-kambing yang bersifat degil dan liar.


Pekerjaan Ketika Baginda Dewasa

Berniaga
Ø
  Mengikut Abu Talib ke Negeri Syam

Bapa saudara baginda, Abu Talib merupakan seorang peniaga. Beliau sering keluar untuk berdagang dan berniaga di negeri Syam (Syria). Negeri Syam pada ketika itu merupakan pasar yang besar untuk berniaga. Maka, ramai pedagang-pedagang dari luar datang ke Syam untuk berniaga. Oleh itu, Abu Talib sering mengajar nabi Muhammad S.A.W tentang cara-cara berniaga. Ketika umur nabi Muhammad S.A.W 12 tahun, baginda meminta izin bapa saudaranya itu untuk mengikut bersama-sama rombongan untuk pergi berdagang ke negeri Syam. Tanpa berfikir panjang, beliau membenarkan nabi Muhammad S.A.W untuk ikut pergi ke sana bagi membantu beliau berniaga.
Namun begitu, ketika rombongan mereka tiba di Basra (sebahagian daripada negeri Syam), mereka telah bertemu dengan seorang rahib atau paderi yang bernama Jarjis atau lebih dikenali dengan gelaran “Buhaira”. Buhaira merupakan seorang yang bijak dan pandai mengenai kitab Injil dan beragama Nasrani (Kristian). Sebaik sahaja rombongan Abu Talib tiba, Buhaira keluar kepada mereka dan menyambut mereka sebagai tetamu yang sangat mulia. Tindakan Buhaira ini sangat berbeza daripada sebelumnya kerana Buhaira langsung tidak pernah keluar dan menyambut rombongan mereka seperti yang dilakukannya pada hari tersebut.
Kemudian, Buhaira memerhati nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Abu Talib. Dia bertanya “Budak ini anak kamu kah?” Abu Talib yang terlalu sayangkan Rasulullah mengaku bahawa baginda ialah anak beliau, beliau menjawab, “Ya, budak ini anakku”. Kemudian, paderi itu berkata, “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup”. Kemudian, Abu Talib menjawab, “Sebenarnya budak ini ialah anak saudaraku, bapanya telah meninggal ketika dia masih lagi dalam kandungan ibunya”. Paderi itu berkata, “Memang benar apa yang kamu ceritakan kerana segala-galanya tercatat dalam Injil”. Paderi itu juga memberitahu Abu Talib bahawa nabi Muhammad S.A.W akan menjadi ketua seluruh alam dan utusan Allah berdasarkan cap kenabian yang terdapat pada badan nabi.
Pelbagai bukti kenabian yang telah diceritakan oleh Buhaira kepada Abu Talib. Antaranya ialah sepanjang perjalanan rombongan tersebut ke sana, semua pokok telah sujud kepada nabi Muhammad S.A.W. Kemudian, setelah selesai berbincang dengan Buhaira, Abu Talib dinasihatkan oleh Buhaira supaya membawa pulang nabi Muhammad S.A.W ke Mekah. Ini kerana, Buhaira bimbang sekiranya nabi Muhammad S.A.W dijumpai oleh kaum Yahudi jika Abu Talib tetap membawa nabi Muhammad S.A.W bersama beliau untuk berniaga. Tanpa berfikir panjang, Abu Talib bersama beberapa orang yang lain dalam rombongan tersebut pulang semula ke Mekah untuk menghantar nabi Muhammad S.A.W.

Ø  Berniaga sendiri secara kecil-kecilan
Selepas daripada peristiwa tersebut, nabi Muhammad S.A.W tidak lagi keluar dari Mekah. Nabi Muhammad S.A.W semakin meningkat dewasa. Baginda mula menjalankan perniagaan secara keci-kecilan. Baginda menggunakan modal orang lain terlebih dahulu dan membayar semula apabila perniagaan baginda sangat untung dan mendapat hasil yang sangat banyak. Perniagaan nabi Muhammad S.A.W sangat untung dan baginda semakin hari semakin pandai berniaga. Keuntungan yang diperolehi disebabkan kejujuran dan sifat bersungguh-sungguh baginda ketika berniaga.

Ø  Berniaga Dengan Harta Siti Khadijah
Siti Khadijah merupakan seorang saudagar yang mahsyur dan sangat terkenal dengan budi pekertinya serta kekayaan yang dimiliki. Beliau sering meminjamkan hartanya kepada sesiapa yang menginginkan modal untuk berniaga. Kebaikan peribadi beliau membuatkan beliau sangat dihormati oleh masyarakat Arab ketika itu.
Sebaik sahaja beliau mendengar khabar berita tentang akhlak dan kejujuran nabi Muhammad S.A.W, beliau terus tertarik untuk berjumpa dengan nabi Muhammad S.A.W. Beliau yakin bahawa kejujuran baginda akan membawa lebih banyak keuntungan kepada perniagaan beliau. Beliau juga sanggup memberi lebih banyak keuntungan yang diperolehi kepada baginda berbanding dengan orang lain yang pernah diberikannya. Oleh itu, beliau pergi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W bagi menyatakan hasratnya kepada baginda. Beliau menceritakan tawaran beliau kepada nabi Muhammad S.A.W untuk mengusahakan perniagaan yang dimilikinya. Tawaran tersebut telah diterima baik oleh nabi Muhammad S.A.W. Baginda bersetuju untuk pergi menjalankan perniagaan Siti Khadijah.
Ketika ini, nabi Muhammad S.A.W berumur 25 tahun. Kali ini, baginda keluar buat kali kedua ke negeri Syam untuk menjalankan perniagaan. Baginda pergi ke Syam dengan ditemani oleh seorang hamba Siti Khadijah yang benama “Maisarah”. Perniagaan baginda berjalan dengan baik. Kejujuran dan usaha keras yang dimiliki baginda membuatkan perniagaan yang dilakukan mendapat keuntungan yang sangat banyak. Keuntungan tersebut lebih banyak daripada perniagaan sebelumnya. Apabila baginda pulang bertemu Siti Khadijah, baginda terus bertanyakan apa yang perlu dilakukan. Siti Khadijah sangat kagum dengan akhlak dan sifat amanah nabi Muhammad S.A.W. Tambahan pula, Maisarah menceritakan kepada beliau tentang sifat-sifat nabi Muhammad S.A.W ketika berniaga di Syam. Setelah mendengar cerita tersebut, Siti Khadijah sangat tertarik kepada baginda berdasarkan akhlak yang baginda tunjukkan.                                                                                                                           
            

Dakwah Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum...

Artikel kali ini lebih menjurus tentang Rasulullah S.A.W. Tanda cinta dan sayang kita kepada baginda nabi Muhammad S.A.W, kita seharusnya mengambil peduli tentang kisah-kisah baginda. Entri ini menyentuh tentang peringkat-peringkat dakwah dan pendekatan yang baginda gunakan dalam berdakwah...

Firman Allah :

Maka disebabkan rahmat Allah SWT kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada kamu. Oleh itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah keampunan bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang bertawakkal.
                                                                                                                             (Surah Ali-Imran:159)

Kita perlulah mencontohi cara dakwah Rasulullah s.a.w. Lemah-lembut adalah merupakan cara dakwah yang telah dilaksanakan oleh baginda. Dari segi pertuturan,pergaulan dan tindakan baginda yang hebat,telah menyebabkan orang kafir tertarik kepada orang Islam. Sebagai contoh,orang musyrik yang berhati keras dan menentang dakwah Rasulullah SAW berubah, beriman dan cinta kepadanya setelah mengenali peribadi luhur baginda.

Baginda adalah merupakan seorang yang pemaaf. Baginda memaafkan kesalahan yang dilakukan kepada Baginda. Baginda juga tidak menyimpan perasaan dendam. Baginda sentiasa berdoa supaya mereka di kurniakan hidayah dan menerima Islam.

Baginda seringmemohon keampunan untuk orang lain Baginda amat prihatin terhadap masa depan umatnya. Dalam perang Uhud, Baginda cedera parah tetapi baginda tetap berdoa untuk umatnya.

Baginda sering mengadakan mesyuarat. Baginda bermesyuarat dengan para sahabat ketika membuat keputusan penting yang tiada ketetapan daripada Al-Quran.Sebagai contoh, dalam perang Khandak, Baginda menerima cadangan Salman Al-Farisi supaya menggali parit sebagai kubu menghadapi serangan musuh. Di dalam matlamat bermesyuarat, keputusan yang diambil oleh baginda adalah keputusan yang terbaik dan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak. Baginda sentiasa mendengar,menghormati dan menerima pandangan orang lain.

Selain itu, Baginda sering bertawakal dalam setiap perlaksanaan. Di dalam perang Badar, Baginda kekurangan senjata dan tentera. Baginda bersama tentera islam yang lain terpaksa menghadapi tentera musyrikin tiga kali ganda lebih besar jumlahnya. Baginda telah mencari tempat strategik, bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Berkat doa baginda,baginda berjaya menewaskan tentera Musyrikin.

Jenis Jenis Dakwah Rasulullah

Baginda turut berdakwah secara rahsia. Antara dakwah yang telah baginda laksanakan adalah,Baginda  telah menyeru orang perseorangan daripada  kalangan keluarga yang terdekat dan  sahabat-sahabat yang rapat. Kebanyakan  pengahut islam pada peringkat ini dari kalangan hamba dan  orang miskin. Rumah al-arqam bin abi al-arqam dijadikan sebagai pusat penyeruan islam dan mempelajari islam secara sulit . Strategi dakwah secara sulit ini berjalan selama 3 tahun.

Baginda mempunyai sebab tersendiri untuk berdakwah secara rahsia . Antara sebab- sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia (sulit) adalah kerana bilangan penganut Islam masih sedikit. Selain itu,Baginda juga ingin mengelakkan penentangan terbuka dari kafir Quraisy. Ajaran yang dibawa oleh Rasulullah bertentangan dengan amalan biasa  masyarakat  Arab pada masa itu. Selain itu,dakwah secara sulit adalah selaras dengan  strategi dakwah yang berhikmah.

Terdapat beberapa hikmah dakwah secara rahsia yang dilaksanakan oleh baginda. Antara hikmah tersebut adalah ajaran Islam dapat disampaikan dan diterima tanpa gangguan. Dakwah secara rahsia juga dapat menghindari penentangan terbuka dari kafir Quraisy. Ianya juga dapat mengelakkan  kejutan kepada  masyarakat Arab yang  mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka.

Baginda turut berdakwah secara terus terang kepada kaum kerabat. Cara ini dilaksanakan setelah menerima perintah Allah melalui firman Allah bermaksud :

“ Dan berilah peringatan kepada kerabatmu  yang terdekat “

Setelah  turun ayat ini, baginda  telah mengadakan jamuan di rumah Ali bin  Abi Talib . Semua kaum keluarga dijemput  dan  baginda  menerangkan  tentang dasar-dasar agama Islam .Sebahagiannya menerima dan sebahagian lagi menentangnya.

Baginda turut berdakwah secara  terus terang kepada orang ramai ( umum). Dakwah ini dijalankan oleh Rasulullah setelah turun perintah Allah daiam surah Al Hijr ayat 94 yang bermaksud :

“Sampaikanlah secara berterus  terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan  jangan engkau  hiraukan  bantahan dan tentangan kaum  musyrikin”

Apabila turun ayat ini Rasulullah terus menjemput kaum Quraisy serta  pembesar-pembesar Quraisy menghadiri  perjumpaan  (rapat umum)  di kaki  bukit Safa dan menyeru mereka kepada agama Islam dan   menyembah Allah swt. Dakwah pada peringkat ini  menerima tentangan yang hebat dari kafir Quraisy .Penganut Islam khususnya golongan hamba dan orang miskin  menerima pelbagai penyeksaan . Selepas peringkat ini,ajaran Islam terus tersebar luas dan pengikut Islam semakin bertambah meliputi penduduk Mekah dan luar.

Dakwah Rasulullah Kepada Remaja

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (di atas binatang tunggangannya), lalu sabda baginda :

 ‘Wahai anak, sesungguhnya aku mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catitan.”
(HR. Tarmizi)

Untuk Ibn Abbas, sejak kecil Rasulullah SAW telah berdoa untuknya:

“Ya Allah berikanlah kepadanya pemahaman tentang din, dan ajarkanlah kepadanya hikmah.”

Apabila Ibn Abbas di peringkat remaja, baginda bermusafir bersama-samanya dan terus mengambil peluang mentarbiahnya. Oleh itu dalam berdakwah untuk remaja (yang menjadi mad’u), kita perlu berdoa untuk masa depannya. Baginda juga telah merangkakan masa depan mad’u sesuai dengan potensinya. Baginda juga sentiasa memberi bimbingan yang berterusan.

Baginda memanfaatkan setiap masa yang ada, sehingga sewaktu bermusafir pun baginda mentarbiah mad’unya yang masih remaja. Baginda tidak mengambil mudah terhadap pendakwah kecil, bahkan baginda mengambil berat hal ehwal tarbiahnya.

Baginda sentiasa bersemangat untuk mentarbiah mad’unya, sehinggakan sewaktu bermusafir pun baginda tidak melepaskan peluang untuk mentarbiah. Baginda juga adalah merupakan seorang ketua negara yang agung dan manusia paling mulia, tidak merasa hina menaiki kenderaan bersama golongan remaja. Baginda memperlihatkan contoh pendekatan fizikal, bersentuhan dan bermesra dengan remaja. Baginda tidak merasai perbezaan jurang dengan golongan remaja.

Baginda mentarbiah remaja dengan pendekatan yang sesuai, ringan tetapi berterusan sepertimana kata baginda (yang bermaksud):

“aku ingin mengajar kamu beberapa perkataan”.

Baginda sentiasa meletakkan asas tauhid sebagai asas tarbiah generasi muda. Generasi muda yang sering gelisah dan sering dilanda pelbagai masalah dan ketakutan ,baginda berpesan supaya bergantung dan memohon pertolongan kepada Allah.

Hakikatnya, baginda telah merangkakan tarbiah jangka panjang untuk Ibn Abbas. Akhirnya lahirlah Ibn Abbas sebagai tokoh, pejuang dan pewaris risalah baginda. Begitulah juga para pendakwah di sepanjang zaman, perlu meletakkan satu rancangan jangka panjang dalam pembinaan generasi muda. Kita perlulah mempunyai pengorbanan, kesabaran, tawakkal dan istiqamah yang tinggi untuk berjaya.