Pages


Wednesday, December 08, 2010

~CeRiTa MuHaRRaM...^_^~

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......


Entri kali ini,saya lebih suka untuk menulis tentang bulan Islam yg baru sahaja mengintai di tahun baru ini iaitu bulan Muharram.Muharram dari segi bahasanya adalah diharamkan atau dipantangkan,termasuklah larangan utk menegah manusia dari melakukan pertumpahan darah.Sekarang kita lihat kelebihannya.


**Tergolong dlm bulan2 haram..
-Allah berfirman dlm kitab-Nya tntang bulan haram yg bermaksud:
 Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah dua belas bulan,(sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi,diantaranya ada empat bulan haram.Itulah (ketetapan) agama yang lurus,maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu.......(hingga akhir ayat)..Surah At-Taubah,ayat 36


-Hadis juga menyebut tentang ini:

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda :  
Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaimana bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Zulkaedah,Zulhijjah, Muharram dan Rejab yang terdapat diantara bulan Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)


**Digelar Syahrullah(bulan Allah)
Gelaran ini menunjukan kalimah pemuliaan kerana disambungkan dgn lafzuljalalah iaitu Allah sepertimana kalimah Baitullah,Rasulullah dan sebagainya.


-Rasulullah bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (iaitu) Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam”. 
(H.R. Muslim)


**Sunat berpuasa
Dalam bulan ini terdapat hari yg dinamakan Hari A'syura pada 10 Muharram yg membawa maksud hari kesepuluh(ke-10).Pada hari A'syura ini kita disunatkan berpuasa.Pada hari yg kesepuluh ini,telah berlaku pelbagai peristiwa penting di zaman2 nabi dan Rasul terdahulu.


-.Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah S.A.W, bersabda :  
Aku berharap pada Allah dengan puasa A'syura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)  


- Ibnu Abbas ra berkata :  
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, iaitu hari A'syura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Sekian dahulu kali ini,InsyaAllah jika diberi kesempatan,tentang Hari A'syura akan diberi penjelasan sedikit lagi dlm post akan datang..Semoga post ini mendapat berkat dan rahmat dari Allah."Orang yang bijak adalah orang yang boleh menerima nasihat"...InsyaAllah,jika ada apa-apa pembetulan atau kesalahan,mohon perbetulkan.Sekian,Wassalam






Tuesday, December 07, 2010

Sejarah Hijrah..Dan..Pengajarannya...

Assalamualaikum dan Salam tahun baru Hijrah 1432!..


    Syukur kehadrat Allah kerana diberi kesempatan untuk terus hidup dan menjengah tahun baru Islam..Selawat dan salam ditujukan kpd baginda Nabi Muhammad S.A.W..Sempena tahun baru ini,terbuka hati saya untuk memasukkan post utk kita mengimbau semula peristiwa Hijrah dan mengambil iktibar.
    Hari ini 1 Muharram 1432..Bulan Muharram ini merupakan bulan yg pertama di dlm kalendar bulan2 Islam..Penciptaan kalendar Islam ini berkait rapat dgn penghijrahan nabi Muhammad S.A.W dari kota Makkah ke kota Madinah yg berlaku pd tahun 622 SM..Penghijrahan ini berikutan ancaman bunuh yg diterima oleh baginda daripada kafir Quraisy ketika mana seruan Nabi Muhammad kpd org ramai utk memeluk Islam dihidu oleh kafir Quraisy selepas mendapat wahyu dari Allah supaya berdakwah secara terang-terangan.Setelah mendapat wahyu yg disampaikan oleh malaikat Jibril supaya keluar rumah baginda pd waktu malam,baginda bertemu sahabatnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq supaya menemani baginda berhijrah ke Madinah dan meminta Saidina Ali menggantikan tempatnya utk tidur di katil baginda..
    Malam itu,puak kafir mengepung rumah baginda dan melihat seseorang sedang tidur di atas katil..tp,alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati itu bukan Muhammad!...Oleh itu,mereka berusaha mencari baginda Nabi Muhammad.Ketika berjalan di dlm keadaan jln yg jarang dilalui org ke Madinah,Nabi bersembunyi di Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar selama tiga hari.Ketika puak kafir ingin menghampiri gua tersebut,mereka mendapati terdapat sarang labah2 dan sepasang merpati di pintu gua tersebut.Lalu,menjangka Nabi Muhamad mustahil berada di dlmnya..Setelah yakin mereka berlalu pergi.baginda meneruskan perjalanan ke kota Madinah.Penduduk Madinah yg gembira dgn kedatangan baginda menyambut baginda sebaik sahaja baginda sampai di sana.Bermula dari saat itulah,sebuah negara Islam yg kukuh telah didirikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.Peristiwa ini dianggap sgt bermakna sehinggakan umat Islam ketika itu menghasilkan dan bermulanya kalendar Islam.
    SubhanaAllah!!..begitu besar pengorbanan seorang manusia yg mulia demi ingin memastikan umatnya menganuti agama yg benar.Hasilnya Islam itu sampai kpd kita bahkan seluruh dunia..Adakah kita semua diancam bunuh seperti itu hari ini.Tidak!!..tp kita hidup dlm keadaan aman dan damai.Kita lupa pengorbanan insan2 terdahulu utk menegakkan Islam.Ayuh sahabatku!!..tidak byk yg kupinta.cuma hijrah yg sedikit iaitu berubahlah kpd yg lebih baik kerana janji Allah pasti tiba!..Wassalam 

Sunday, October 17, 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. 

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi peperiksaan 
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian. 
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.  
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. 
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.  
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.  
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran 
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari 
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. 
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. 
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. 
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. 
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)